Blog Post

Wanita untuk dihargai bukan diganasi!

violence 2

Hentikan keganasan! Bersama ahli-ahli Persatuan Ibu Tunggal Selangor & Wilayah

Hari ini dalam program bual-bicara TV ‘Apa Kata Wanita’ saya membawakan topik HARGAI WANITA bersempena tarikh keramat 25 November setiap tahun merupakan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita. Inisiatif ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat dunia untuk mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghapuskan keganasan terhadap wanita.

violence 3

Saya menemuramah Dato’ Munirah, KP Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Memetik kata-kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon semasa beliau melancarkan kempen “Say No – Unite!”;

“We must unite. Violence against women cannot be tolerated, in any form, in any context, in any circumstance, by any political leader or by any government. The time to change is now. Only by standing together and speaking out can we make a difference.”

 

 

Di Malaysia kempen di seluruh negara berjalan selama 90 hari bermula dari 1 Oktober 2015 sehingga 31 Disember 2015. Diharapkan program dan kempen seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat umum akan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita.violence 1

Pada pandangan saya wanita perlu hargai diri kita dahulu, jangan biarkan diri kita secara fizikal mahupun emosional diperlakukan sesuka hati, lebih lagi dikasari, diganasi, dihina ataupun diherdik dengan kata-kata negatif. Lelaki jika sekali mereka naik tangan dan kaki terhadap kita memang hampir mustahil dan sukar untuk mereka berhenti mengulanginya. Ia umpama satu penyakit ataupun gangguan psikologi dalam diri mereka. Untuk pulih mereka perlu dirawat melalui kaunseling atau berjumpa pakar psikitri. Kerana secara fitrahnya lelaki tidak seharusnya mengasari kaum wanita. Wanita mesti dihormati dan dihargai!

Jadi wahai wanita, bertindaklah segera jika anda adalah menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Jangan simpan atau pendamkan sahaja. Ingat keganasan rumahtangga adalah satu jenayah. Jangan dibiarkan keadaan ini terus menjadi satu budaya dalam keluarga kita kerana jika tidak ditangani, anak-anak akan memupuk satu perasaan negatif dalam jiwa mereka. Jangan salahkan mereka jika satu hari nanti mereka menjadi seorang dewasa ‘pendera’!

Hubungi Talian KASIH 15999 untuk melaporkan sebarang bentuk jenayah keganasan dalam rumahtangga. Anda boleh mengubahnya. Jangan takut, ya!

Salam sayang.

P/S: Jom ramai-ramai kita ke sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2015 di IOI City Mall, Putrajaya pada 25 November ini bermula jam 10:30 pagi. Jom pakai baju berwarna Oren!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *