Blog Post

TAHNIAH DR AZIAN, ANUGERAH KHAS OKU 2015!

oku3oku

Sabtu baru ni di Apa Kata Wanita kami bawa topik ‘INSAN TERISTIMEWA’ bersempena dengan Sambutan Hari OKU peringkat Kebangsaan pada 3 Disember yang lalu.

Apa yang amat menarik perhatian saya apabila pihak Jabatan Kebajikan Masyarakt di bawah Bahagian Pembangunan OKU turut membawa seorang wanita muda penerima Anugerah Khas (Akademik) OKU 2015.

Gadis manis ini bernama Dr Azian Sofia bt Amin, berusia 32 tahun. Seorang pensyarah di UKM. Beliau mendapat sarjana PhD pada usia 20-an. Pencapaian seorang individu OKU seperti Dr Azian amat membanggakan. Kurang upaya bukanlah penghalang beliau untuk berjaya sehingga bergelar Doktor Falsafah pada usia yang cukup muda.

Paling menarik minat saya tentang gadis ini ialah beliau bukanlah lahir sebagai insan OKU. Tetapi berstatus OKU apabila sebelah kakinya keseluruhan sehingga ke pangkal peha terpaksa dipotong pada usia 16 tahun, setelah doktor mengesahkan remaja ini didiagnos kanser tulang dua tahun sebelum itu. Bayangkan betapa hampanya hati dan perasaan gadis tingkatan 2 yang lincah dan aktif dalam pelbagai jenis sukan di sekolah ini sebaik disahkan menghidap kanser tulang.

Selama dua tahun melalui rawatan demi rawatan akibat kanser tersebut akhirnya pada usia 16 tahun beliau terpaksa akur dengan ketewasan berperang dengan kanser. Sebelah kakinya terpaksa dikorbankan demi meneruskan kehidupan gadis ini. Maka bermulalah fasa baru dalam dirinya meneruskan harapan dan cita-citanya sebagai insan berstatus OKU.

Namun itu semua langsung tidak menghalang gadis pintar ini. Ibu bapa dan keluarga adalah kekuatannya. Semangatnya tidak mahu mengalah ibarat api yang menyala dengan marak untuk mencapai segala impiannya.

Lihatlah pencapaiannya hari ini, walaupun masih muda pada usia 32 tahun selain seorang bergelar pensyarah di UKM, beliau memang selayaknya menerima anugerah khas (akademik) OKU bagi tahun 2015.

Tahniah Dr Azian Sofia. Selamat maju jaya, saya pasti satu hari nanti Dr Azian akan menjadi ikon contoh masyarakat yang paling disegani. InsyaAllah..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

PROJEK BEG SEKOLAH

Sabtu baru ni sempena dengan musim ibu bapa sibuk menyiapkan kelengkapan anak-anak kembali

EXERCISE PAGI ATAU PETANG, MANA LEBIH EFEKTIF?

Bila saya post tentang rutin saya ber’gym’ senaman cardio setiap pagi, ramai yang pm

APABILA SUAMI MASUK DAPUR MEMASAK

Sekali-sekala di hujung minggu seronok jugak bila suami yang incharge kat dapur kepunyaan isteri. Dah

BERSENAM UNTUK SIHAT ATAU KURUS?

Inilah rutin saya setiap pagi Siapa rajin buat senaman kardio setiap hari? Hmmm…malasnya nak exercise…kalau

Sebab apa saya buat Zarra Sinar Puteri?

Assalammualaikum & salam sejahtera. Dah berkurun lamanya saya tak berblogging, tiba-tiba web developer saya syorkan