Blog Post

Sebab apa saya buat Zarra Sinar Puteri?

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Dah berkurun lamanya saya tak berblogging, tiba-tiba web developer saya syorkan saya aktif menulis blog. Katanya blog masih lagi diminati pembaca di alam maya dan juga boleh saya jadikan platform untuk berkongsi pandangan, pengalaman, kisah dan tips. Ok lah saya sahut seruan beliau. Dan baru malam ni saya ada mood dan masa untuk bermula. InsyaAllah saya akan cuba peruntukkan waktu untuk mencoret blog ini.

image

Ramai yang selalu tanya saya kenapa saya pilih buat produk kecantikan atau skincare ‘Zarra Sinar Puteri’ ni? Kenapa tak buat kosmetik ke, pakaian ke, restoran ke, atau jadi penerbit drama atau filem ke? Mentang-mentangla saya ni orang tv..

Sebenarnya saya pilih untuk buat skincare ni sebab paling utama kerana saya mahu menawarkan satu rangkaian produk kecantikan yang berkualiti tinggi dan setaraf jenama luar negara tetapi pada harga yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat terutama golongan pertengahan dan bawahan, yang kurang berkemampuan nak pakai produk-produk mahal. Ini kerana golongan inilah yang saya lihat banyak telah tersalah pakai produk-produk kecantikan dari luar yang tak lulus Kementerian Kesihatan Malaysia, yang banyak mengandungi bahan-bahan terlarang atau racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, mercury, asid azelaik. Produk-produk murah dan tiada kualiti inilah menjadi punca kulit wajah mereka rosak, terbakar, menggelupas yang teruk, kulit menipis.

Paling bahaya dan menakutkan akibat memakai produk-produk ‘sampah’ ini secara berterusan menyebabkan diri mereka terdedah kepada risiko KANSER!

Hati-hati ya wahai wanita semua…kerana saya sayangkan anda maka saya lahirkan produk Zarra Sinar Puteri, khas dan paling istimewa untuk anda semua. Cubalah..

Salam sayang.

Datin Zamzarina

 

Lihat Promosi Terkini Zarra Sinar Puteri

Dapatkan Produk Pada Harga Promosi YES 2015!

Pakej Pengedar Gold MagicRED Zarra Sinar Puteri Zamzarina Zambri

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

PROJEK BEG SEKOLAH

Sabtu baru ni sempena dengan musim ibu bapa sibuk menyiapkan kelengkapan anak-anak kembali

TAHNIAH DR AZIAN, ANUGERAH KHAS OKU 2015!

Sabtu baru ni di Apa Kata Wanita kami bawa topik ‘INSAN TERISTIMEWA’ bersempena dengan

EXERCISE PAGI ATAU PETANG, MANA LEBIH EFEKTIF?

Bila saya post tentang rutin saya ber’gym’ senaman cardio setiap pagi, ramai yang pm

APABILA SUAMI MASUK DAPUR MEMASAK

Sekali-sekala di hujung minggu seronok jugak bila suami yang incharge kat dapur kepunyaan isteri. Dah

BERSENAM UNTUK SIHAT ATAU KURUS?

Inilah rutin saya setiap pagi Siapa rajin buat senaman kardio setiap hari? Hmmm…malasnya nak exercise…kalau