Blog Post

SAYA DAN LABU

WAHHH…TENGOKLAH NI…labu 1
Hari ini selepas selesai satu meeting di Kota Damansara saya dapat buah tangan sebiji buah labu yang segar dari ladang (memang baru dipetik dari kebun di Jerantut katanya..). Hmmm…saya tak pernah masak labu & tak tahu nak buat apa dengan labu seberat 3 kg ni. Lalu saya cuba cari resepi dengan Mr Google. Dan ini yang saya dapat drpd hasil carian tentang labu yang saya nak share dgn you alls…
Jika ingin tahu, sayur labu merupakan sayur paling disukai oleh Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Anas RA, ketika Rasulullah SAW dijemput untuk sebuah jamuan yang diadakan oleh seorang tukang jahit pada zamannya, Rasulullah SAW dihidangkan masakan daging bersama sayur labu.

Rasulullah SAW memakan habis labu-labu yang terdapat di dalam hidangan itu, berbanding daging. Melihat situasi itu, jika sesuatu yang amat disukai oleh Rasulullah SAW pasti mempunyai 1001 kebaikan. Sejak itu lah Anas RA mencintai sayur labu ini.

Malahan kita pula di nusantara, masak lemak putih labu adalah makanan rasmi apabila kenduri arwah sahaja atau majlis-majlis agama. Bila ditanya kenapa perlu ada lauk labu? Jika orang itu berilmu, jawapannya amat meyakinkan. Tetapi paling tidak, jawapannya ikut ‘sunnah nabi’ itulah jawapan mudah daripada kebanyakan kita.

Penemuan sains, daripada Kitab Tarkib al-Ath’imah, menjelaskan labu mempunyai kadar air yang mencapai 94.9% yang mengandungi SEDIKIT gula dan serat. 100 gram labu pula hanya mengandungi 65 kalori sahaja. Maka sesiapa yang mengalami obesiti, labu paling sesuai untuk menjadi lauk anda kerana amat kurang sodium dan ubat paling sesuai bagi yang mengalami tekanan (hipertensi).

Kalau zaman sekarang hidup yang penuh pelabagai tekanan ini, rasanya labu patut selalu ada dalam menu kita untuk bantu release STRESS. Murah pun murah…boleh save bajet!

Bagi mereka yang tidak lawas atau pun sembelit, lauk labu merupakan ubat paling mujarab untuk pelawasan selain buah-buahan kerana ia termasuk makanan paling lembut dan paling cepat reaksinya. Ia mengandungi potasium yang tinggi untuk pelancaran bagi penyempurnaan ‘hajat’ yang terpendam.Air labu juga besar manfaatnya bagi mereka yang demam, menghilangkan rasa haus dan menghentikan sakit kepala ketika diminum atau dibasuhkan ke muka. Labu juga mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, besi, sulfat dan khlor.

Penemuan saintifik moden pada tahun 1985, labu mampu mencegah KANSER! Kajian ini dijalankan oleh National Institute for Cancer, Amerika Syarikat yang membuktikan labu melindungi penduduk New Jersey dari kanser. Maka tidak hairanlah ada hari labu dikalangan masyarakat kristian iaitu Haloween Day.

Okey tunggu posting seterusnya saya nak kongsikan bagaimana saya masak labu ni, agak-agak apa ya..?? hehe..

Salam sayang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *