Blog Post

PUMPKIN SOUP, ANYONE?

Ingat tak saya janji nak share resepi buah labu yang saya dapat minggu lepas.

Sibuk sgt sepanjang minggu ni jadi baru hari ni ada masa nk try resepi yang diberi oleh beberapa kawan baik yang saya decide utk ‘mix-&-match’ resepi-resepi tersebut.

Nah,..inilah hasilnya…rupanya SEDAP GILER rasa pumpkin soup ni. Makan dengan roti lorrr…

pumpkin 6pumpkin 7

Sape rasa nak cuba buat, boleh try resepi ni, ok…Bila sup pumpkin ni dah siap ada jugak member yg ckp kalau nk lagi sedap boleh tambah ‘origano’ tabur2 atas sup ni.

Bahan-bahan:
1 labu bawang besar – didadu
2 ulas bawang putih – cincang halus
2 biji ubi kentang – didadu sederhana kecil supaya mudah empuk
200g labu kuning – potong kecil-kecil sikit gak
2 cawan air – nak sedap masukkan 2 sudu besar stok ayam maggie
200ml krim masakan/susu segar/susu sejat – kali ni nak bagi umph saya pilih krim masakan
Garam dan serbuk lada hitam
1 sudu besar margarine/minyak masak

Caranya:

1.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu menggunakan margarine. Penggunaan margarine membuatkan baunya lebih enak.

2. Masukkan ubi kentang dan labu. Gaul rata jab dengan minyak margarine tadi.

3. Masukkan pula air yang disatukan dengan stok ayam tadi. Biarkan mendidih dan labu serta ubi kentang tadi empuk supaya mudah dikisar nanti.

4. Bila dah empuk ubi kentang dan labu tu tutup api. Biarkan ianya menyejuk sedikit.

5. Kisar bersama krim masakan hingga halus.

6. Tuang semula dalam periuk dan panaskan. Biarkan mendidih. Kalau pekat sangat tambah air tapi seeloknya biar le nampak pekat sikit. Baru sedap. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Kalau dah ok boleh tutup api.

pumpkin 1pumpkin 2pumpkin 3pumpkin 4pumpkin 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *