HARMONY MALL SDN BHD (HMSB) ditubuhkan bagi mengembangkan cabang perniagaan selain meneruskan program pembangunan keusahawanan kepada menghasilkan produk kecantikan & penjagaan kesihatan. Beberapa jenama produk dibangunkan secara konsep OEM dengan pengilang tempatan bertaraf GMP & HALAL bagi mengetengahkan perkhidmatan dan produk-produk bermutu serta setanding jenama antarabangsa.

gmp
halal
HSA

Visi

Visi HMSB adalah untuk menjadi sebuah syarikat BUMIPUTERA terkemuka yang memainkan peranan utama dalam industri kecantikan.

Misi

Misi HMSB adalah untuk menyediakan rangkaian produk kecantikan dan penjagaan kesihatan yang komprenhensif serta berdaya saing bagi memenuhi kehendak pelanggan yang menyeluruh bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi membawa jenama Malaysia ke luar negara.

HMSB juga mempunyai misi menjadi peneraju kepada penghasilan usahawan-usahawan dalam perkhidmatan spa kecantikan mengikut penetapan syariah bermula secara ‘mobile’ dan berkembang kepada permis secara francais di bawah satu jenama yang kukuh dan dipercayai.

Pengarah Urusan

Datin Zamzarina Zambri adalah Pengarah Urusan kepada syarikat 100 peratus milik Bumiputera iaitu HARMONY MALL SDN BHD yang ditubuhkan pada tahun 2011. Beliau juga merupakan seorang personaliti televisyen yang mempunyai program bual bicara tersendiri iaitu “APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA” sejak tahun 2009 di TV1, RTM.

Latar belakang akademik beliau adalah di dalam pengurusan perakaunan, mempunyai kelulusan professional Chartered Institute of Management Accountants (CIMA). Bekerja sebagai Akauntan di beberapa syarikat mulitinasional dan rangkaian perhotelan antarabangsa sebelum menyertai bidang penyiaran di RTM pada tahun 2000.

Beliau juga adalah pengasas kepada produk ZARRA SINAR PUTERI iaitu rangkaian produk kecantikan kulit wajah yang selamat, halal dan berkesan.

Perkhidmatan

Perkhidmatan Spa, Bidan dan Andam secara mobile dengan rangkaian cawangan seluruh negara berkonsep ‘ala francais’. Satu konsep perniagaan dalam perkhidmatan spa kecantikan, bidan & andam secara mobile (mobile services) yang dicetus oleh Pengasasnya, Datin Zamzarina bagi tujuan melatih dan membangunkan wanita yang berminat menceburi perniagaan ini dengan modal yang minima.

Serendah RM6966, setiap usahawan dibekalkan 1 set peralatan dan kelengkapan spa, bidan atau andam, serta produk dan kursus. Selepas mengikuti kursus selama 3 hari, usahawan wanita ini boleh memulakan perniagaan perkhidmatan spa, bidan atau andam dari rumah atau ke rumah pelanggan. Dengan trend masa kini, pelanggan wanita memilih untuk mendapatkan rawatan spa, bidan atau andam pada masa dan tempat yang lebih ‘convenience’ kepada mereka.

Syarikat mensasarkan konsep perkhidmatan spa, bidan dan andam secara mobile ini akan berkembang sehingga boleh dijadikan perniagaan berkonsep francais atas jenama HOUSE OF MALAY WELLNESS menjelang 2018.