House of Malay Wellness diilham bagi mengembalikan kegemilangan adat dan budaya warisan Melayu lama. Ia merupakan pusat sehenti bagi kaum wanita yang menghargai kecantikan luaran dan kesihatan dalaman secara tradisional menggunakan rempah-ratus dan herba yang dipermodenkan cara pembuatannya. Pusat latihan bertaraf akademi ini diasaskan oleh seorang wanita yang optimis dalam memperjuangkan nasib kaum wanita lain selain dikenali sebagai personaliti TV, Zamzarina Zambri.

Di House of Malay Wellness, tiga perkhidmatan kecantikan tradisi Melayu disediakan di bawah satu bumbung iaitu Spa, Bidan dan Andam.

Tidak terhad bagi para pelanggan menikmati rawatan dan perkhidmatan yang disediakan, malah House of Malay Wellness turut dicetus sebagai sebuah pusat latihan membangunkan usahawan dalam ketiga-tiga bidang dengan berkonsep ‘mobile’ atau bergerak yang sangat berpotensi.

Mengangkat jenama HARMONY MySpa,  HARMONY MyBidan dan HARMONY MyAndam; ketiga-tiga pakej perkhidmatan kecantikan untuk wanita ini umpama tiga serangkai dan saling diperlukan dalam kitaran fasa kehidupan seorang wanita.

Amat membanggakan kerana ia menjadi pusat latihan dan perkhidmatan kecantikan pertama milik Bumiputera yang diangkat sebagai perniagaan pra-francais, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) melalui program ‘Business-In-Transformation’ (B.I.T).

Melalui program khas ini, wanita yang berminat menyertai perniagaan francais boleh memilih salah-satu daripada tiga pakej perniagaan yang ditawarkan sebagai pra-francaisi dengan modal yang amat rendah iaitu RM6,966 sahaja.

Berkonsepkan perniagaan secara ‘mobile’ program B.I.T dijadikan batu loncatan sebelum usahawan bersedia menjadi rakan francaisi kepada syarikat Harmony Mall Sdn Bhd yang akan dibangunkan sebagai Master-Franchaisor dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

Bantuan pinjaman oleh PNS disediakan bagi mereka yang layak dan berminat untuk menjadi usahawan HARMONY MySpa, MyBidan atau MyAndam. Melalui pakej ini, usahawan yang berjaya akan dibekalkan dengan barang-barang kelengkapan bergerak, produk retail, latihan teori & praktikal serta perisian yang memudahkan para operator memantau pelanggan atau stok produk. Perancangan HOMW akan datang adalah menjadi “Master Franchisor” bagi memperkukuhkan lagi jenama serta memperkenalkan perkhidmatan ini di seluruh Negara.

Mereka yang berminat untuk menjadi rakan niaga pra-francaisi

Harmony MySpa, MyBidan atau MyAndam ini, atau sebarang pertanyaan sila hubungi

talian bebas tol 1-300-22-7622 atau 03-6242 6225 dan 019-344 7788.