Blog Post

EXERCISE PAGI ATAU PETANG, MANA LEBIH EFEKTIF?

Bila saya post tentang rutin saya ber’gym’ senaman cardio setiap pagi, ramai yang pm tanya pendapat saya adakah kita patut bersenam pada waktu pagi atau petang/malam?

cardio 2Saya bersenam waktu PAGI sebab saya rasakan ia adalah permulaan hari baru yang perlu saya mulakan dengan aktiviti sihat. Saya pernah cuba bersenam pada sebelah petang dan malam. Biasanya kalau dah seharian saya di pejabat dan di luar berjumpa oarang, tersangkut dalam jem berjam-jam kat KL ni, bila sampai rumah petang atau lewat petang penatttnya alahaiii…dan nak push diri utk tukar baju exercise tu macam terpaksa je, mood pun dah hilang sebab badan dan otak dah LETIH. Jadi pilihan saya ialah bersenam pada sebelah pagi. Usually by pkl 9 am saya dah selesai exercise dan akan mula rasa semacam satu semangat membara dalam diri saya untuk mula bekerja dengan penuh produktif.

Apa yang menarik juga, sebaik saya berada di atas ‘cross-trainer’ dan ‘threadmill’ ketika itulah saya dah mula bekerja dengan bertanya itu & ini, memberi tugasan2 kepada staf-staf saya. Merekapun dah tau dah time inilah BOSS akan bagi assignments dan akan tanya 1001 soalan & mereka siap-sedia untuk respon kpd mesej dan whatsapp masing2.

Paling saya suka juga semasa sedang bersenam inilah juga waktu saya mendapat idea-idea baru yang mencurah-curah. Macam-macam ilham yang akan keluar daripada benak saya untuk saya process secara terus-menerus ataupun simpan untuk perbincangan selanjutnya dengan team saya.

OK baik saya nak share satu artikel tentang kebaikan bersenam pada waktu PAGI. Jom kongsikan.

  • Dapat Tidur Yang Lena Dan Tenang – bila anda bersenam waktu pagi, senang nak tidur pada malam hari.
  • Berat Badan Berkurang – sebabnya? Kalau bangun pagi, mesti la kena tidur awal. Ikut kajian penyelidik, orang yang tidur lambat selalu rasa lapar & akhirnya end-up dengan ‘supper’ di tengah-tengah malam.
  •  Mempunyai Tahap Metabolisme Yang Tinggi – sebab? Pagi-pagi sudah bersenam, sudah tentulah dapat membakar kalori lebih banyak sepanjang hari.
  • Sistem Tubuh Semakin Bagus – kalau sudah biasa senam waktu pagi, badan anda akan terbiasa. Lama kelamaan anda akan dapat bangun di waktu yang sama setiap hari.
  • Minda Yang Bagus – jika fikiran anda tenang, anda boleh berfikir dengan lebih bagus dan boleh merancang perkara yang berbeza yang perlu anda lakukan untuk hari dengan cara yang lebih terancang dan logik. Bersenam meningkatkan aktiviti mental, so lebih baik untuk melakukannya di waktu pagi sebab kebanyakkan orang kerja waktu pagi perlukan pemikiran yang tajam.
  • Merasa Gembira Dengan Perubahan Diri –apabila anda sudah terbiasa bersenam waktu pagi, secara automatik anda akan melakukannya setiap hari  dan anda akan dapat melihat dan merasakan perbezaan dalam bentuk fizikal dan mental. Hal ini kerana hormon dalam badan anda akan semakin stabil dan itu membuat anda merasa lebih ceria dan percaya diri.

Jom cubalah..insyaAllah anda akan mula rasa perubahan yang besar secara beransur-ansur kepada mental & fizikal.

Health is Wealth!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

PROJEK BEG SEKOLAH

Sabtu baru ni sempena dengan musim ibu bapa sibuk menyiapkan kelengkapan anak-anak kembali

TAHNIAH DR AZIAN, ANUGERAH KHAS OKU 2015!

Sabtu baru ni di Apa Kata Wanita kami bawa topik ‘INSAN TERISTIMEWA’ bersempena dengan

APABILA SUAMI MASUK DAPUR MEMASAK

Sekali-sekala di hujung minggu seronok jugak bila suami yang incharge kat dapur kepunyaan isteri. Dah

BERSENAM UNTUK SIHAT ATAU KURUS?

Inilah rutin saya setiap pagi Siapa rajin buat senaman kardio setiap hari? Hmmm…malasnya nak exercise…kalau

Sebab apa saya buat Zarra Sinar Puteri?

Assalammualaikum & salam sejahtera. Dah berkurun lamanya saya tak berblogging, tiba-tiba web developer saya syorkan