Category Archives: Inspirasi

PROJEK BEG SEKOLAH

Sabtu baru ni sempena dengan musim ibu bapa sibuk menyiapkan kelengkapan anak-anak kembali ke sekolah jadi kita juga bawakan topik tentang satu projek menyumbang beg-beg sekolah baru dan ‘pre-loved’ melalui #ProjekBegSekolah. Projek ini adalah inisiatif seorang blogger dan ibu kepada 3 anak, Puan Salwa dan rakan-rakannya. Beg-beg ini kemudiannya dibahagi-bahagikan kepada pelajar sekolah daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak. Bagi saya inilah satu aktiviti amal yang sangat mudah dan praktikal untuk Read More...

TAHNIAH DR AZIAN, ANUGERAH KHAS OKU 2015!

Sabtu baru ni di Apa Kata Wanita kami bawa topik ‘INSAN TERISTIMEWA’ bersempena dengan Sambutan Hari OKU peringkat Kebangsaan pada 3 Disember yang lalu. Apa yang amat menarik perhatian saya apabila pihak Jabatan Kebajikan Masyarakt di bawah Bahagian Pembangunan OKU turut membawa seorang wanita muda penerima Anugerah Khas (Akademik) OKU 2015. Gadis manis ini bernama Dr Azian Sofia bt Amin, berusia 32 tahun. Seorang pensyarah di UKM. Beliau mendapat sarjana PhD pada usia 20-an. Pencapaian seorang individu OKU seperti Dr Azian Read More...

EXERCISE PAGI ATAU PETANG, MANA LEBIH EFEKTIF?

Bila saya post tentang rutin saya ber’gym’ senaman cardio setiap pagi, ramai yang pm tanya pendapat saya adakah kita patut bersenam pada waktu pagi atau petang/malam? Saya bersenam waktu PAGI sebab saya rasakan ia adalah permulaan hari baru yang perlu saya mulakan dengan aktiviti sihat. Saya pernah cuba bersenam pada sebelah petang dan malam. Biasanya kalau dah seharian saya di pejabat dan di luar berjumpa oarang, tersangkut dalam jem berjam-jam kat KL ni, bila sampai rumah petang atau lewat petang Read More...

APABILA SUAMI MASUK DAPUR MEMASAK

Sekali-sekala di hujung minggu seronok jugak bila suami yang incharge kat dapur kepunyaan isteri. Dah kalau hari-hari makan masakan isteri atau bibik atau mamak je hari ni jom kita rasa ‘air tangan’ suami pulak ya? Ada sesetengah suami yang sering melabelkan kerja-kerja kat dapur tu remeh atau ‘tu kerja orang pompuan’ memang bukan suami yang ‘win’ bagi saya. Zaman sekarang ni bila lebih ramai pelajar wanita yang masuk universiti berbanding pelajar lelaki sepatutnya tidak lagi ada sikap diskriminasi begini. Ramai isteri Read More...

BERSENAM UNTUK SIHAT ATAU KURUS?

Inilah rutin saya setiap pagi Siapa rajin buat senaman kardio setiap hari? Hmmm…malasnya nak exercise…kalau diet je boleh tak untuk kurus? Sebenarnya saya mula jadikan senaman kardio sebagai rutin setiap hari sejak usia saya memasuki fasa 4 siri dua tahun lepas. Sebelum tu memang ada jugak saya join kelab fitness macam Celebrity Fitness, Fitness First & masa saya menetap di Shah Alam saya juga pernah aktif dalam Fitness Group di bawah Puan Sri Sharifah Sabrina yang terletak di Stadium Shah Alam, Read More...

Sebab apa saya buat Zarra Sinar Puteri?

Assalammualaikum & salam sejahtera. Dah berkurun lamanya saya tak berblogging, tiba-tiba web developer saya syorkan saya aktif menulis blog. Katanya blog masih lagi diminati pembaca di alam maya dan juga boleh saya jadikan platform untuk berkongsi pandangan, pengalaman, kisah dan tips. Ok lah saya sahut seruan beliau. Dan baru malam ni saya ada mood dan masa untuk bermula. InsyaAllah saya akan cuba peruntukkan waktu untuk mencoret blog ini. Ramai yang selalu tanya saya kenapa saya pilih buat produk kecantikan atau skincare Read More...