Blog Post

APABILA SUAMI MASUK DAPUR MEMASAK

imageSekali-sekala di hujunimageg minggu seronok jugak bila suami yang incharge kat dapur kepunyaan isteri.

20151111_184925Dah kalau hari-hari makan masakan isteri atau bibik atau mamak je hari ni jom kita rasa ‘air tangan’ suami pulak ya?

Ada sesetengah suami yang sering melabelkan kerja-kerja kat dapur tu remeh atau ‘tu kerja orang pompuan’ memang bukan suami yang ‘win’ bagi saya. Zaman sekarang ni bila lebih ramai pelajar wanita yang masuk universiti berbanding pelajar lelaki sepatutnya tidak lagi ada sikap diskriminasi begini. Ramai isteri bekerja dan suami jadi ‘surarumah’ pun tidak lagi sesuatu yang meghairankan. Jika dah peluang meraih pendapatan lebih besar dan pangkat tinggi itu hak milik wanita dalam era ini, maka bagi saya tak salah jika para suami mengalah. Maklumlah kos sara hidup sekarang pun semakin tinggi. Asalkan si isteri tetap patuh dan meghormati suami tak menjadi isu besar dalam sebuah rumahtangga.

Contohnya hari ini (Ahad) suami saya yang sentiasa sibuk dgn kerja dan menguruskan yayasan masih boleh bagi surprise ambik alih tugas saya di dapur sementara saya pula bawak anak-anak beriadah di luar main ‘wind-rider’.

mama windrider

Hmmm…balik tengok masak lemak ketam yang kecur air liur dah terhidang atas meja hasil ‘kerastangan’ suami tercinta! Tq laling…suami contoh…hehe..

Jadi puan-puan, jika mahukan resepi masak lemak ketam ni, nanti saya akan sharekan di blog ni ya..stay tuned!

Sehingga bertemu lagi..

Salam sayang..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

PROJEK BEG SEKOLAH

Sabtu baru ni sempena dengan musim ibu bapa sibuk menyiapkan kelengkapan anak-anak kembali

TAHNIAH DR AZIAN, ANUGERAH KHAS OKU 2015!

Sabtu baru ni di Apa Kata Wanita kami bawa topik ‘INSAN TERISTIMEWA’ bersempena dengan

EXERCISE PAGI ATAU PETANG, MANA LEBIH EFEKTIF?

Bila saya post tentang rutin saya ber’gym’ senaman cardio setiap pagi, ramai yang pm

BERSENAM UNTUK SIHAT ATAU KURUS?

Inilah rutin saya setiap pagi Siapa rajin buat senaman kardio setiap hari? Hmmm…malasnya nak exercise…kalau

Sebab apa saya buat Zarra Sinar Puteri?

Assalammualaikum & salam sejahtera. Dah berkurun lamanya saya tak berblogging, tiba-tiba web developer saya syorkan